Prevention of Blindness Launch at MSU + Giveaway

by - October 13, 2013





KUALA LUMPUR: ‘Prevention of Blindness’ merupakan satu lagi program khidmat komuniti bakal dilancarkan Management & Science University (MSU).  Program ini adalah antara kepelbagaian usaha universiti tersebut dalam merapatkan hubungan antara warga kampus dan masyarakat.


Penglibatan MSU Eye Centre dengan kerjasama Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) melalui Department of Optometry and Visual Sciences dijangka membawa impak besar kepada program berkenaan. Usaha ini dilihat sebagai komitmen berterusan pihak universiti dalam memastikan graduan yang bakal dilahirkan kompeten dan dilengkapi dengan kemahiran insaniah serta prihatin terhadap komuniti yang tidak bernasib baik.


Program bermatlamat untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mata kerana 75% kes kehilangan penglihatan boleh dielakkan dengan kaedah rawatan yang betul.


Mengikut National Eye Survey pada 1996, terdapat 37,000 penduduk Malaysia mengalami masalah kehilangan penglihatan  dan dijangkakan menjelang tahun 2020 jumlah tersebut akan meningkat kepada 120,000 ribu orang.





Manakala masalah penglihatan pula direkod pada 81,000 ribu orang dan meningkat kepada 200,000 ribu orang pada 2020.
Perlaksanaan program ‘Prevention of Blindness’ menyasarkan tiga kumpulan utama untuk dibantu iaitu anak-anak yatim, pelajar-pelajar sekolah dan golongan miskin bandar. 
Ianya juga adalah kesinambungan daripada kempen ‘Fight for Sight’ oleh ‘World Health Organization’.





Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah pemeriksaan mata percuma (mengesan punca kebutaan seperti ‘cataract’, ‘glaucoma’ dan ‘diabetic retinopathy’), percubaan kanta lekap percuma, promosi istimewa bagi bingkai dan kaca mata serta pameran penjagaan kesihatan mata.




Sementara itu pada majlis yang sama, MSU turut menyumbang sejumlah RM300 ribu kepada Dana Prevention of Blindness untuk digunakan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti berkaitan kempen kesedaran  penjagaan kesihatan mata di seluruh negara bagi jangka masa lima tahun.


Majlis pelancaran program ini dirasmikan oleh Profesor Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden MSU dengan turut dihadiri pegawai-pengawai pengurusan kanan MSU, penaja serta para pelajar.




https://www.facebook.com/MSUmalaysia



I am giving away RM100 cash voucher at MSU Eye Centre
This voucher valid till 31 Oct 2013
1st Early Bird Get it! 
Only can be use in MSU Eye Centre
No applicable with other promotion
one voucher for 1 transaction
voucher cannot be redeemed for cash and must be used to purchase products in MSU Eye Centre

You May Also Like

2 comments