Pembersihan & Pengindahan Pantai @ Bagan Lalang Sepang

by - December 22, 2013

Terima kasih atas jemputan Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia untuk menyaksikan
perlancaran program pembersihan & pengindahan pantai bagan lalang sepang pada tahun 2014 di
Gold Coast, Bagan lalang, Sepang Selangor.
Mari Saksikan Saat yang Genting Ini

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelaksanaan Voluntourism Adoption Initiative:Program Pembersihan & Pengindahan Pantai @Bagan Lalang,Sepang.

Lima organiasasi swasta dan Badan Bukan Kerajayaan (NGO) yang terlibat sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) ini ialah Sepang Goldcoast Resort,Syarikat Hiap Teck Venture Berhad,Universiti Kuala Lumpur (UniKL),Kelab Pengakap Malaysia dan Malaysia Nature Society (MNS). Malaysia akan menjadi hos bagi Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mensasarkan seramai 28 juta orang pelancong asing akan mengunjungi Malaysia dengan jumlah pendapatan untuk Negara sebanyak RM76 billion.

Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Pelancongan dan kebudayaan, Zain Azrai Rashid, berkata Sepang Goldcoast Resort dan SYARIKAT Hiap Teck Venture telah memperuntukkan sejumlah RM30, 000 untuk program tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka.
Ya, saya pun seorang member Voluntourism !Jom Join Sini 

Untuk Maklumat Lanjut : 
http://www.mns.my/
https://www.facebook.com/motacvt?fref=ts
http://www.sepang-goldcoast.com/

(p/s : pertama kali tulis dlm malay, jika ada kesalahan, minta beritahu tau)

You May Also Like

1 comments