Kelas Perniagaan & Bimbingan Usahawan RichWorks

by - February 26, 2022

Baru mula berniaga, pasti kita terfikir nak ke kelas perniagaan kan. Tapi selalunya orang akan ke kelas Pemasaran. Kelas pemasaran atau marketing ini sangat banyak sebenarnya.


Ada kelas Tik Tok, kelas blog, kelas Google, kelas Facebook dan macam-macam lagi. Kenapa kita sertai semua kelas ini? Sebab kita nak belajar buat marketing, yela tak tahu nak promote macam mana kan.


Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita terlepas pandang. Kelas-kelas itu semua penting. Tetapi tahukah anda apa yang lebih penting?




Penting Sekali Adalah Siapa Yang Nak Bimbing kita?


Lepas balik dari belajar marketing itu ini, kita boleh praktikkan. Apabila makin berkembang bisnes kita, kita pasti tercari-cari orang yang boleh kita tanya apa-apa sahaja soalan berkaitan bisnes. Siapa yang kita nak tanya, jika tanya kawan-kawan atau orang yang buat bisnes, tak semudah itu dia ada masa untuk bercerita dengan kita. 


Pernah juga ke beberapa seminar untuk mendapatkan ilmu. Alhamdulillah seminar adalah terbaik untuk kita semua cari ilmu kerana seminar selalu diadakan oleh mereka yang berpengalaman dalam perniagaan, boleh jadi cikgu atau sifu bisnes.


Salah satu seminar yang kerap diadakan dulu adalah Seminar RichWorks. Namun selepas PKP 2020, Richworks sering adalah kelas virtual online atau seminar online. The best is, kebanyakannya percuma! Richworks selalu buat seminar percuma untuk bantu usahawan yang terkesan dengan PKP. 


Kenali RichWorks Dan Program RichWorks


Antara program yang boleh disertai oleh usahawan adalah program percuma, sesi live bersama Datuk Wira, Program Mentoring mengikut tahap bisnes dan banyak lagi. Anda boleh lihat jenis program mentoring di www.richworks.com 


Kenapa perlu masuk kelas Richworks? Jom kenali sedikit siapa RichWorks. Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan pembangunan peribadi.


Visi RichWorks adalah menjadi rangkaian ‘NETFLIX’ Pendidikan Usahawan dengan mensasarkan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 disamping memberi akses mudah ke kandungan berorientasikan hasil dan penyelesaian dari platform dalam talian – Richworks.com seterusnya Menginspirasi, Mendidik & Menambah Nilai Hidup kepada masyarakat di seluruh dunia






3 Jenis Program Mentoring Richworks


  • Program Mentoring Elite X untuk usahawan mencapai jualan RM 30K ke atas 

  • Program Mentoring Spire untuk usahawan mencapai jualan RM 1 Juta dalam tempoh 6 bulan sehingga setahun

  • Kelas Mentoring Titanium bagi melahirkan jualan lebih daripada 1 juta sehingga boleh mencecah 100 juta.

Titanium RichWorks Buat Jualan 1 Juta Dan Ke Atas Dalam Tempoh Masa 6 Bulan - 3 Tahun


Kehebatan kelas perniagaan dan bimbingan usahawan RichWorks ini adalah ilmunya yang terbukti berjaya memudahkan usahawan. Sebagai contoh, Ahli Titan Richworks diajarkan apa yang patut mereka buat untuk berjaya dengan pantas. 


Bagaimana Titan RichWorks boleh meraih jualan berjuta-juta, pasti ada ilmu yang mereka tahu dan mereka buat. Ahli titanium ini juga adalah mereka yang paling berada dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri. 


Kisah Kejayaan Asyraf Khalid Dan Tya Arifin


Asyraf Khalid iaitu anak Datuk K dan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini merupakan usahawan bimbingan RichWorks dalam program mentoring Titanium. Beliau dan isterinya Tya telah belajar bersama Datuk Wira 3 tahun lalu. 


Alhamdulillah, usaha mereka membuahkan hasil. Banyak kejayaan yang dilihat secara mempunyai mentor usahawan terbaik yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa ini. 


Datuk K baru-baru ini telah mengadakan makan malam sempena hari lahirnya. Datuk K memberi penghargaan buat Datuk Wira Dr Azizan Osman di dalam ucapannya pada malam isnin lalu.




Video berdurasi 10 minit itu sangat penuh dengan perkara yang tidak kita sangka-sangka, wajib dengar apa yang dikatakan oleh Datuk K itu. Beliau juga telah meluahkan terima kasih dan menyukai usaha yang Datuk Wira Dr Azizan Osman lakukan. 



Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:


https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864


Kesyukuran Datuk K panjatkan atas kerana melihat perubahan yang terjadi dalam hidup anaknya Asyraf. Sejujurnya, dahulu Asyraf seorang yang tidak berjaya, apatah lagi dalam perniagaan. Malah Asyrah sering kecewakan Datuk K.


Tapi Alhamdulillah berkat bimbingan yang diberikan oleh Datuk Wira, Asyraf kini berjaya dalam perniagaan. Begitu juga dengan kehidupan peribadi beliau, lebih berjaya dan tidak mempunyai hutang piutang seperti dahulu. 


Bukan Saja Datuk K, Asyraf Juga Merakamkan Penghargaan Terima Kasih




Kata-kata Asyraf pada malam itu ditujukan kepada bapa dan mentor terbaiknya.



"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," 


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.”


Sokongan Dan Pendirian Sangat Penting Untuk Berjaya



Sama ada sokongan dari mentor, ibu bapa, keluarga, pasangan atau kawan-kawan sekalipun, sokongan sangat penting. Ramai usahawan yang berhenti berniaga kerana tiada sokongan.


Mereka rasa tiada siapa yang sokong mereka sepenuhnya. Perasaan negatif seperti malu, risau, takut dan lain-lain lagi sering timbul di benak hati. Asyraf juga pernah merasai hal yang sama, tetapi Alhamdulillah dengan adanya mentor dan rakan titan RichWorks, beliau sangat kuat pendirian dan terus melangkah. Buat saja apa yang diajar.


Namun begitu, sekarang bukan masa untuk rileks, Asyraf sedar perjalanannya masih jauh. Beliau sangat bersyukur kerana restu bapanya dan bapanya sendiri telah memberi ucapan sebegitu kepada Datuk Wira, mentornya.


Datuk K Menyebut Tentang Azizan Osman Dalam Ucapannya


Sebenarnya dari awal lagi, Datuk K ingin berterima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk K pula memuji sikap Datuk Wira dan keberkesanan bimbingan yang dilakukannya. Bagi Datuk K, itu perlu beliau katakan kerana Datuk Wira bukan semata-mata beri ilmu bisnes, malah ia lebih dari itu. 



Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link




“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.” 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”




Akhir kata, Datuk K turut menyampaikan sedikit nasihat kepada para usahawan yang telah berjaya atau berada di ambang kejayaan.



“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble.”


Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang disampaikan beliau. Nak tahu tentang kelas perniagaan dan bimbingan usahawan Richworks? 


Layari www.richworks.com 

Jom sertai https://t.me/AzizanOsmanOfficial

You May Also Like

0 comments