AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR & HANA PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI UNTUK KANAK-KANAK
AEON CO. (M) BHD. atau AEON berkolaborasi dengan kumpulan
animasi Omar dan Hana yang sangat sinonim dengan konten video Islamik di
kalangan kanak kanak melancarkan perisa baharu dalam rangkaian produk onigiri.
Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Terdapat 5 perisa yang diperkenalkan untuk pasaran kanak kanak dan turut diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana. Kacang Merah (Red Bean) diwakili oleh Omar, Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana, Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara, Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili oleh Indra. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi AEON CO. (M) BHD; Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON CO. (M) BHD; Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON; Sinan Ismail, CEO & Pengasas Digital Durian dan Izrol Izuddin Ahmad, Pengurusan IP Tempatan & Pembangunan Perniagaan Astro.
Menurut Sunny
Setiawan, “Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan animasi
terkenal Omar & Hana untuk memasarkan rangkaian onigiri dengan perisa
terbaharu kami. Usaha sama ini merupakan salah satu langkah AEON untuk
menggiatkan pembangunan produk asimilasi Malaysia-Jepun dan kami yakin produk
ini mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON dan peminat Omar
& Hana sendiri,” Pemilihan produk onigiri sebagai pencetus kolaborasi ini juga
adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya makan makanan sihat dan berkhasiat
di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Onigiri juga merupakan makanan dari Jepun
yang bukan sahaja boleh dimakan segera malah mengenyangkan. Justeru, AEON ingin
membawa corak dan budaya pemakanan yang sihat ini di negara kita. ‘Kami ingin
jadikan AEON sebagai duta kecil Jepun di Malaysia yang dapat memperkenalkan
dengan lebih dekat budaya positif masyarakat Jepun. Produk yang akan dihaslkan
oleh AEON Delicatessen ini juga adalah disahkan halal oleh JAKIM.’ ujar beliau
lagi.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Omar dan
Hana yang mempromosikan rangkaian onigiri tersebut serta aktiviti kuiz bersama
pengunjung. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan perdana video
dan lagu onigiri Omar & Hana. Menurut Sinan Ismail pula, “Bagi melaksanakan
kerjasama ini, kami ingin memperkenalkan makanan yang berkhasiat dan senang
dimakan oleh kanak-kanak. Kami yakin onigiri adalah produk yang paling tepat.
Ianya berasal dari Jepun dan merupakan antara makanan yang amat digemari waktu
kini,” “Kami juga berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan pihak AEON,
sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian pasar raya yang luas. Melalui
rangkaian ini, sudah tentu onigiri Omar & Hana dapat dinikmati oleh ramai
pelanggan di seluruh negara, bukan sahaja kanak kanak, malah orang dewasa.”
ujar beliau. Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang
memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 –
Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah
menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang
menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua. -
0 comments