Floria 2011 Putrajaya: Ros Untuk Selamanya

by - June 18, 2011



KUALA LUMPUR – Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) yang akan berlangsung pada 9 Julai hingga 11 Julai depan di Presint 2, Putrajaya memilih tema Ros Untuk Selamanya.

Menurut laman web Perbadanan Putrajaya, Floria 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.

“Floria 2011 bakal melibatkan pameran lebih 100 spesies bunga ros terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok. Semuanya akan dipamerkan dengan rekabentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran.

“Lebih 400 ribu tumbuhan berbunga akan dipamerkan dan sebahagiannya adalah dari spesies ros,” katanya.

Tema Ros Untuk Selamanya dipilih berdasarkan simbolik bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang yang berkekalan sesama manusia.

Floria 2011 akan mempamerkan koleksi bunga ros dalam bentuk permaidani bunga gergasi, taman pameran dan lot jualan.

Turut diwujudkan taman terapi yang menyediakan perkhidmatan seperti urutan kaki, tangan dan bahu, refleksologi dan spa kepada pengunjung pada harga yang berpatutan.

Acara tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Berikut adalah maklumat mengenai Floria 2011:

Festival Bunga &
Taman Putrajaya 2011

Tarikh: 9 – 17 Julai 2011

Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya

Tema: Ros Untuk Selamanya

Waktu Buka:
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad)

Bayaran Masuk – Percuma

Maklumat lanjut layari: http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html

P/S : Dunno Will TT Bring Me go this Floria or not le??? up to 4000 sepsis of roses!  

♥,Leave a Precious Comment to make my blog alive! 10Q ♥

You May Also Like

0 comments