KUATKAN SISTEM IMUN BADAN DENGAN NUTRISI YANG CUKUP BAGI KURANGKAN RISIKO DIJANGKITI COVID

by - September 29, 2021

KUATKAN SISTEM IMUN BADAN DENGAN NUTRISI YANG CUKUP BAGI KURANGKAN RISIKO DIJANGKITI COVID

Pelbagai langkah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ketika ini untuk menangani jangkitan COVID-19 dari terus merebak. Ini termasuklah dengan perlu mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan vaksinasi bagi mengurangkan penularannya.

Selain itu, sebagai langkah kendiri, setiap individu termasuk kanak-kanak lebih berisiko dijangkiti virus. Justeru, mereka perlu mempunyai sistem imun yang kuat untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit. Sistem imun yang berfungsi dengan baik penting untuk melindungi badan daripada jangkitan dan penyakit.



Namun bagaimanakah caranya untuk kita tingkatkan sistem imun tubuh badan?

Untuk tingkatan sistem imun badan, kita perlulah memastikan tubuh badan mendapat sumber vitamin yang lengkap.

Tahukah anda bahawa tubuh manusia tidak boleh menghasilkan dan menyimpan vitamin C?

Oleh itu, kita perlu mengambilnya daripada sumber lain terutamanya daripada makanan harian atau makanan tambahan untuk mendapatkan sumber vitamin ini.

Pentingnya Nutrisi Tambahan Untuk Tingkatkan Sistem Imun Badan



Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin meningkat. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung. 

Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.

Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan  yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela  termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri  terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz telah mengenengahkan 4 bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.

 



Pernah Dengar Tentang Cendawan Susu Harimau?

 

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Manakala Buah Camu-Camu pula telah digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu. Buah ini mengandungi vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.

Banyak kajian mendapati buah ini mempunyai kandungan Vitamin C yang paling mudah diserap berbanding buahan yang lain. Lebih best, ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi dari buah oren! Disebabkan oleh khasiatnya yang melimpah ruah, buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Selain mengandungi Vitamin C yang tinggi, buah ini juga mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kepentingan Vitamin C dan D untuk Badan

Jom kita fahamkan dulu dengan lebih teliti tentang Vitamin C & Vitamin D untuk badan kita.

Vitamin C sangat penting untuk kekuatan daya pertahanan tubuh. Kekurangan vitamin C mengakibatkan manusia mudah dijangkiti pelbagai penyakit akibat sistem imun yang lemah. Walaupun vitamin C ini mudah didapati melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau, cili, bayam, strawberi dan brokoli. Tetapi, hampir 95% rakyat Malaysia tidak mengambil buahan dan sayuran yang mencukupi.

Vitamin D pula sangat terkenal dengan jolokan vitamin percuma kerana ia diperolehi daripada cahaya matahari. Walau bagaimanapun, 64.5% daripada rakyat Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin ini. Vitamin D sangat diperlukan manusia untuk memperkuatkan daya tahan tubuh kerana ia mampu mengaktifkan sel T untuk menghasilkan lebih banyak fosfolipase C-γ1 yang diperlukan sistem pertahanan tubuh manusia.

Perlindungan Lengkap 4 Nutrisi Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan



Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan empat bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 4 jenis suplemen, sudah tentu harganya akan mencecah RM499 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.

 

SOALAN & JAWAPAN TENTANG ESKAYVIE DIFFENZ    


Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

 

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

 

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

 

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

 

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

 

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

 

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

 

Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

 

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

 

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

 



Vitamin C digunakan di ICU:

Menurut artikel yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini, kajian melibatkan penggunaan Vitamin C ke atas pesakit Covid-19 yang kritikal dan berada di ICU menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. 14% daripada kes-kes positif Covid-19 ini melibatkan acute lung injury (ALI) dan acute respiratory distress syndrome. Pencetusnya ialah lambakan cytokine atau cytokine storm dalam darah menyebabkan tekanan oksidatif yang melampau seterusnya menyebabkan kerosakan tisu paru-paru yang teruk. 

Dalam kajian ini, Vitamin C dos tinggi diberikan ke atas pesakit COVID19 sebagai antioksidan yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam usaha mengurangkan tahap kerosakan tisu paru-paru, juga dalam usaha mencegah kegagalan fungsi organ yang lain.

Pesakit yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai. Mereka juga adalah perokok. Daripada ujian tersebut, kumpulan yang diberi rawatan tambahan dengan Vitamin C didapati mempunyai tempoh sakit berkurangan dan Sequential Organ Failure Assessment score yang lebih baik. Kesemua mereka diberi ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk keadaan mereka dan satu kumpulan ditambah dengan Vitamin C. Keputusan kajian terhadap pesakit yang diberikan rawatan tambahan Vitamin C mendapati – 57% discaj dari hospital dengan sihat, 29% discaj dengan ketidakupayaan dan 14% meninggal dunia. Berbanding kumpulan yang tidak dirawat dengan Vitamin C mendapati - 71% kematian, 29% discaj dengan ketidakupayaan iaitu bebas Covid-19 tapi mengalami kegagalan atau kecederaan pada organ lain.

Berdasarkan informasi ini, vitamin C telah digunakan dalam rawatan COVID-19 untuk pesakit yang mempunyai komplikasi radang paru-paru dan kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan vitamin C untuk perkara yang sama. Terdapat sebuah artikel yang diterbitkan oleh Chinese Journal of Infection Diseases, the Shanghai Medical Association yang memperakukan kegunaan intravena vitamin C untuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital.

Walaubagaimanapun, rawatan vitamin C bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk Covid-19 buat masa ini. Kajian pengambilan intravena Vitamin C dalam dos yang tinggi masih lagi sedang diuji untuk mengetahui sama ada ia dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit Covid-19.

Testimoni Pengguna Eskayvie Diffenz



 

Norfadillah bukan sahaja telah pulih dari positive covid bahkan pulih dari asma

 

Covid is real-Pn Zai Zalehah - Pengalaman Hidup Mati Dijangkiti Covid

“Keluarga Saya Memang Amalkan Ambil Vitamin C Supplement Setiap Hari.  Lepas Dapat Tahu Eskayvie Diffenz yang ada Cendawan Susu Harimau, Buah Camu Camu, Vitamin C dan D, saya tukar Ke Eskayvie Diffenz untuk Keluarga Saya… 




Kepada anda yang masih lagi mencari makanan tambahan untuk kuatkan sistem imun badan, boleh dapatkan Eskayvie Diffenz lagi-lagi ketika musim pendemik Covid-19 ni yang memang penting dimana kita perlu memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan dilindungi dengan sistem imun yang tinggi bagi menangkis serangan kuman dan virus.

Kita ikhtiar serta usaha untuk elakkan diri kita terkena jangkitan Covid-19 dan penyakit-penyakit lain. Sayangi diri anda sendiri dan keluarga anda.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda.

Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

Info lanjut mengenai Eskayvie Diffenz boleh layari laman web dan media sosial dibawah:

Website: www.diffenz.com

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia

 

You May Also Like

0 comments